Kami daripada kumpulan Kumpulan 2 seramai 6 orang dengan
semangat 1 Malaysia telah berusaha dengan sedaya-upaya untuk menyediakan sebuah
blog yang bertajuk “ ADAT DAN PANTANG LARANG KAUM SETIAP KAUM DI MALAYSIA”. Di
sini, kami telah menyelitkan pelbagai pengetahuan dan ilmiah mengenai pantang
larang semasa mengandung, perkahwinan dan juga perayaan . Disediakan Oleh:
ADAT DAN PANTANG LARANG SETIAP KAUM DI MALAYSIA
Wednesday, 11 January 2017
PENGENALAN
Pantang larang merupakan kepercayaan mayarakat Melayu zaman
lampau berkaitan dengan adat dan budaya warisan nenek moyang. Pantang larang
adalah sesuatu perkara yang menyekat kita dari melakukan sesuatu kerana ada
keburukkan disebaliknya. Ia selalunya diamalkan oleh orang-orang tua dikalangan
masyarakat Melayu, Cina, India Kadazan dan Iban. Kebanyakan pantang larang
diturunkan secara lisan turun kemurun. Pentingnya pantang larang sebagai adat
yang perlu dipatuhi jelas diungkapkan melalui pepatah “biar mati anak, jangan
mati adat.”
Pantang larang yang dikenakan oleh orang tua-tua bertujuan
untuk mendidik masyarakat khususnya generasi muda agar dapat membawa kepada
penerapan nilai-nilai baik yang boleh diamalkan di dalam kehidupan. Sebahagian
Pantang larang sudah menjadi amalan atau prinsip dalam kehidupan hari ini.
Segala pantang larang sebenarnya diperturunkan untuk
kebaikan kaum itu sendiri seperti pantang larang semasa perkahwinan, perayaan
dan juga semasa menganudung.Sebenarnya pantang larang yang diturunkan oleh
nenek moyang mementingkan penjagaan kesihatan diri agar seseorang sentiasa sihat
dan cergas.
Walaupun kaum Melayu, kaum India, kaum Cina kaum Kadazan dan
kaum Iban mempunyai pantang larang semasa perkahwinan, perayaan dan juga
mengandung tetapi pantang larang yang diamalkan oleh kaum-kaum adalah berbeza. Inilah
menunjukkan Malaysia terdiri daripada kaum majmuk.
ADAT RESAM ORANG MELAYU
KELAHIRAN
Adat resam kelahiran Wanita yang mengandungkan anak sulung
akan menjalankan upacara melenggang perut oleh seorang bidan .Adat ini juga
dipanggil Kirim Perut oleh masyarakat Melayu di bahagian utara Semenanjung
Malaysia dan di sesetengah tempat dikenali sebagai Mandi Tian.
Upacara ini dilakukan kepada wanita yang mempunyai kandungan
berusia dalam lingkungan tujuh atau lapan bulan.Adat ini dijalankan untuk
membuang geruh atau kecelakaan yang mungkin menimpa wanita hamil yang bakal
bersalin dan bagi membetulkan kedudukan bayi di dalam perut.
Bidan akan menyambut bayi dengan jampi serapah dan daun
sirih akan disemburkan kepada bayi itu. Selepas bayi dibersihkan, tali pusat
bayi akan dipotong dengan menggunakan sembilu buluh dan dialas di atas sekeping
wang perak satu ringgit. Di sesetengah tempat tali pusat dipotong menggunakan
cincin emas.
KEMATIAN
Keluarga si mati akan memberitahu kepada tok imam agar
kematian itu dapat dimaklumkan kepada saudara mara dan jiran tetangga di
sekitar kawasan itu.Mayat akan ditutup dari kepala hingga ke kaki dengan
sehelai kain. Kepalanya dihadapkan ke arah kiblat dan kedua-dua tangannya pula
dikiamkan iaitu tangan kanan ditindihkan atas tangan kiri ke dada. Orang yang
menziarah si mati akan menyedekahkan ayat-ayat suci Al-Quran. Pada kebiasaannya
di hadapan mayat itu, diletakkan sebuah tempat bara dan kemenyan akan dibakar.
Sebagai penghormatan terakhir, ahli keluarga terdekat dan
muhrim dibenarkan mengucup mayat tetapi disyaratkan air mata tidak menitis pada
tubuh jenazah. Mayat seterusnya disembahyangkan samada di rumah atau di masjid.
Sebelum jenazah dimasukkan ke dalam keranda,seorang wakil
atau waris si mati akan memberi ucapan ringkas dan memohon ampun dan maaf bagi
pihak si mati jika selama hayatnya beliau pernah berbuat dosa terhadap
seseorang. Wakil tersebut juga akan meminta supaya mana-mana hutang si mati
yang masih belum dijelaskan agar dapat dihalalkan ataupun si penuntut boleh
menuntutnya pada waris si mati.
PANTANG LARANG ORANG MELAYU
PERKAHWINAN
Apabila telah ditetapkan hari perkahwinan beemakna
bermulalah pantang larang buat bakal mempelai itu. Apa yang ditetapkan
harus diikuti utk kebaikan diri mereka. Ia bukanlah menjaid kewajipan
tetapi sudah menjadi satu budaya dlm masyarakat melayu. Walaupun bakal
pengantin zaman sekarang jarang disebutkan perkara ini kepada mereka,
tidak rugi jika apa-apa pantang larang yg difikirkan sesuai masih boleh
diikuti.
Pantang larang bermula dengan jangan keluar dengan pasangan
selama 40 hari sebelum diijabkabul untuk mengelakkan tohmahan masyarakat.
Selain itu ia bertujuan untuk mengawal nafsu. Ia juga untuk menimbulkan
perasaan rindu dendam. Perasaan yang timbul akan membuatkan wajah pengantin
lebih berseri.Psangan tersebut juga tidak dirumah orang takut terkena ilmu. Ia
juga untuk menjaga nama baik keluarga.
pasangan dilarang bebas keluar kemana-mana kerana takut
dissantau oleh mereka yang mempunyai niat tidak baik. Jangan makan nasi dengan
gulai berkuah beberapa bulan sebelum naik pelbagai mengelakkan perut buncit.
Pengantin juga dilarang bercermin terutama selepas maghrib ke atas bagi
mengelakkan diri dari perkara sihir.Pasangan juga dilarang membuang air kecil
dan air besar serentak di dalam air contohnya dalam sungai, kerana ia boleh
melemahkan organ seks.
Pasangan perlu elakkan diri daripada terkena cahaya matahari
kerana dikhuatiri hitam dan tidak berseri pada hari perkahwinan. Mereka juga
elakkan keluar rumah tanpa rujuan kerana angan-angan yang tinggi menjelang
perkahwinan dikhuatiri bakal pengantin mengalami kemalangan jika berada diluar.
Orang-orang tua melayu dahulu selalu mengingatkan anak
cucunya supaya tidak melanggar pantang larang .Pantang larang perlu dipatuhi
untuk mengelakkan berlaku sesuatu kejadian yang tidak baik.
MENGANDUNG
Masyarakat melayu terkenal dengan pelbagai pantang
larangnya. Begitu juga untuk mereka yang mengandung. Antara pantang larangnya
ialah mereka yang mengandung di larang untuk mencaci atau mengumpat. Dilarang
untuk memaku atau memahat dan menggali lubang serta memukul binatang. Mereka
juga dilarang untuk keluar rumah pada waktu petang atau senja serta dilarang
untuk duduk di anak tangga dan juga di larang melihat gerhana bulan ataupun
matahari.Terdapat juga pantang larang untuk suami ibu yang mengandung.
Antaranya ialah suami di larang meniup sebarang bunyi bunyian, menyembelih,
memburu dan memukul binatang. Semua pantang larang ini adalah untuk keselamatan
anak yang di kandung.
ADAT RESAM ORANG INDIA
KELAHIRAN
sami atau sesiapa sahaja yang berpengetahuan tinggi mengenai
agama Hindu akan membisikkan Gayatri Mantiram iaitu sejenis mantera Tuhan di
telinga bayi sebelum tali pusat dipotong. Bayi yang baru dilahirkan juga akan
disapu madu bercampur minyak sapi pada lidahnya. Minyak savvennai yang
merupakan campuran minyak bijan, minyak lenga dan mambu juga kadangkala
digunakan untuk kecantikan dan supaya bayi tidak diserang sebarang penyakit.
Sebelum bayi dibawa masuk ke rumah upacara aalati dilakukan
untuk mengelak bala atau sebarang malapetaka dariapada berlaku.Ibu dan bayi
akan diasingkan dari ahli keluarga dan orang luar dilarang melawat kecuali
untuk tujuan perubatan selama dua minggu.
Amalan mendodoi bayi merupakan upacara yang paling
penting dalam masyarakat India. Upacara mendodoi ini juga dikenali sebagai
taalaattu bermaksud penggoyangan lidah. Upacara dimulakan dengan ucapan aaraaro
aariraro atau cerita-cerita nasihat. Ia bertujuan agar bayi tersebut menjadi
seorang yang berguna.
KEMATIAN
Kepala mayat dihadapkan ke arah selatan dan sebuah lampu
minyak atau kaamaatci amman vilakku dipasang dinyalakan. Kemudian sebiji kelapa
terbelah dua dan sirih pinang diletakkan berhampiran si mati. Kemenyan dan
kapur barus diasap sebagai simbol ketenangan jiwa si mati.
Serbuk suci atau tiruniiru disapu pada dahi si mati sebelum
disembahyang.mayat akan dibalut dengan menggunakan kain dan kunyit disapu pada
mata untuk membunuh kuman dan seterusnya duit syiling diletakkan di atas dahi.
Sirih pinang ditumbuk dan dimasukkan ke dalam mulut dan lubang hidung akan
disumbatkan dengan kapas. Air mawar direnjis dan mayat turut diasapkan dengan
kemenyan yang dibakar supaya tidak berbau.
Thaali vaangutal merupakan upacara menanggalkan thaali
semasa berlakunya sesebuah kematian dalam sesebuah keluarga. Thaali iaitu
rantai suci perkahwinan hanya boleh ditanggal oleh seorang isteri setelah
suamiya meninggal dunia, si isteri akan duduk di sebelah si mati dan dijirus
dengan sebuyung air semasa mayat suaminya dimandikan. Kemudian bunga akan
dikalungkan pada leher balu dan kemudian bunga tersebut dikalungkan pada si
mati. seterusnya seorang wanita yang sudah berusia dan mempunyai hubungan
kekeluargaan akan memegang tangan si mati sambil mengalungkan kalungan bunga ke
leher balu dan proses ini dilakukan sebanyak tiga kali. Balu tersebut
dikehendaki meletakkan kalungan bunga ke dalam dulang yang berisi minyak, bunga
dan susu yang dibawa oleh seorang perempuan lain.
PANTANG LARANG ORANG INDIA
PERKAHWINAN
Perkahwinan kaum india di malaysia diklasifikasikan kepada
beberapa jenis iaitu tamil tirumanam ,eliyat tirumanam dan vaitiikat tirumanam
. Terdapat banyak adat dan pantang larang perlu diikut oleh kaum india semasa
perkahwinan Pantang larang semasa merisik adalah bakal pasangan akan saling
membalas kunjungan ketika merisik. Tetapi ketika rombongan bakal pengantin
perempuan, bakal pengantin perempuan dilarang ikutserta kerana dianggap tidak
sopan.
Selain itu, sebelum majlis perkahwinan berlangsung ,kad
jemputan perlu disediakan dan dibuat berdasarkan almanak hindu tanpa kesilapan
,jika terdapat kesilapan bermakna perkahwinan tersebut akan tidak dapat
dijalankan dengan lancar .
Jika jamuan perkahwinan dilakukan di kuil ,maka hanya
sayur-sayuran boleh dihidangkan kepada para tetamu dan makanan lain tidak boleh
dihidangkan terutamanya daging lembu,kerana agama hindu melarang makan daging
lembu.
Kesimpulannya ,pada zaman modem sekarang ramai kaum india
juga terus mematuhi adat dan pantang larang yang diwarisi oleh nenek
moyang kerana keadaan ini membuktikan tradisional budaya dan unik
terhadap kaum india .
PERAYAAN
DEPAVALI
Hari Deepavali merupakan perayaan yang disambut oleh semua
penganut Hindu di seluruh dunia. Perkataan Deepavali merupakan gabungan
perkataan “Dipa” yang bererti cahaya dan perkataan “Gavali” yang bererti
barisan. Perayaan ini disambut pada hari ke 14 bulan Aipasi dalam kalendar
Tamil (antara bulan Oktober dan November). Perayaan ini juga dikenali sebagai
pesta cahaya. Cahaya bermaksud ‘harapan’, ‘kemenangan’ dan ‘kebahagian’.
Pada petang sebelum perayaan, semua ahli keluarga akan
berkumpul untuk makan malam bersama dengan pelbagai jenis makanan hidangan
tradisi kaum India. Pada waktu malam pula diadakan upacara mesti memasang
pelita oleh seluruh ahli keluarga. Pelita yang dipasang dipercayai bahawa
kecerahan dapat mengatasi segala kejahatan. Terdapat juga upacara menyusun
beras atau hampas kepala yang telah diwarnakan dengan pelbagai warna di hadapan
pintu. Upacara ini membawa maksud yang mendalam kepada semua penganut Hindu
termasuk makluk kecil di dunia ini, misalnya semut sebagai tanda ucap selamat
datang kepada para tetamu.
Pada pagi perayaan, seluruh ahli keluarga perlu bangun pagi
sebelum matahari terbit untuk mandi dan membersihkan diri. Mereka perlu mandi
dengan minyak bijan yang akan disapukan ke atas kepala setiap ahli keluarga
oleh mereka yang lebih tua seperti ibu atau nenek. Mengikut kepercayaan kaum
India, mandi minyak bijan diibarat mandi di Sungai Ganges untuk tujuan
membersihkan diri dari kejahatan dan sifat dengki.
Selepas mandi, pakaian yang dipakai mestilah warna yang
garang seperti merah, biru dan oren. Mereka dilarang berpakai pakaian
yang berwarna hitam atau putih yang lebih bermaksud kesedihan. Selepas itu
barulah bersalam dan memohon maaf dengan kedua ibu bapa dan ahli keluarga yang
lain. Upacara sembahyang dijalankan di kuil bagi mendapatkan kesejahteraan diri
dan keluarga serta memperingati ahli keluarga yang telah meninggal dunia.
MENGANDUNG
Bagi masyarakat India,terdapat beberapa pantang larang yang
perlu diamalkan oleh seorang ibu yang mengandung.
1. Dilarang keluar rumah berseorangan pada waktu
malam
2. Dilarang tidur pada waktu siang atau
tidur berlebihan.
3. Dilarang melakukan perbuatan-perbuatan buruk
seperti mengumpat, membuat fitnah, bergaduh, menyembelih binatang dan
sebagainya.
Dalam tempoh 2 bulan selepas bersalin, si ibu perlu
menghindarkan diri daripada melakukan kerja-kerja yang berat.Masyarakat India
mengamalkan tempoh berpantang selama 60 hari. Pada tempoh hari yang pertama,
saudara mara dan jiran tidak digalakkan melawat ke rumah bayi yang baru
dilahirkan kerana takut-takut mengganggu bayi yang baru lahir dan menyebabkan
dia terkejut.
ADAT
RESAM DAN PANTANG LARANG MASYARAKAT CINA
PERKAHWINAN
ORANG CINA.
1. Bakal pengantin tidak
digalakkan untuk menghadiri majilis kebumian selama 3 bualn sebelum dan selepas
majilis perkhawinan.
2. Hiasan dalam majilis
perkhawinan tidak digalak untuk mengunakan warna putih, biru tua hitam dan
hijau.
3. Dalam bilik tidur bakal
pengantin baru, katil, meja dan almari perlu diletakkan dalam kedudukan yang
biasa dan bukannya sudut bilik.
4. Nombor genar sering
digunakan dalam majilis perkhawinan. Menurut kepercayaan orang cina, majilis
perkhawinan yang tidak mengikut protocol yang ditetapkan adalah perkhawinan
yang tidak sah.
PANTANG
LARANG TAHUN BARU CINA
Walaupun
kehidupan kini yang serba moden, adat resam ini masih dikekalkan dan tetap
diamalkan sehingga kini. Malah kebanyakan remaja cina masih mempercayai dan
mengamalkan adat berkenaan berkenaan supaya ia dapat dipertahankan sepanjang
zaman seperti dengan kaum-kaum lain bangsa cina mempunyai bebrapa pantang
larang sempena perayaan tahun baru cina.
Pantang
larang yang amat diutamakan bagi kaum cina ialah orang cina mempercayai bahawa
mereke tidak boleh menyapu rumah pada hari raya pertama kerana menggangap ia
boleh membuang segala keuntungan atau ong yang ada.
PANTANG
LARANG IBU CINA SEMASA MENGANDUNG
1. Dilarang makan ketam(
barulah bayi tidak asyik mengeluarkan air liuh.
2. Dilarang makan makanan yang
bersifat sejuk seperti ais krim, tembikai dan lain-lain
3. Dilarang mngambil gunting
atau penyepit kuku
4. Dilarang menyidai baju
ADAT RESAM DAN PANTANG LARANG KAUM KADAZAN DI MALAYSIA
ADAT RESAM
Upacara memberi
nama
-adat memberi nama anak dilakukan setelah bayi itu berumur
lapan hari.
-anak itu diberi nama sebanyak dua kali iaitu nama sementara
dan nama sebenar.
-pemberian nama sementara mesti dibuat kerana terlalai
member nama sementara seberapa segera, roh jahat iaitu Rogon Gaiyoh dipercayai
akan mendahului memberi nama dan berhak menuntut bayi tersebut.
-upacara rasmi memberi nama sebenar dibuat pada hari kelapan
di beranda rumah.
-pada hari itu juga, anak tersebut dibawa keluar rumah buat
pertama kalinya.
-keluarga jiran dan orang kenamaan diseluruh kampong
dijemput hadir untuk berbincang dan menentukan nama anak itu. Upacara ini
disebut mad sapi atau mad Sopik.
-pemilihan nama
dibuat berdasarkan peristiwa berlaku sepanjang proses kelahiran anak tersebut.
-apabila anak itu berusia satu bulan, upacara turun tanah
dijalankan
Upacara turun
tanah
-anak di bawa oleh ibunya sendiri:
·
Sebuah bakul rotan bertutup bertali dan
disondong diisi dengan pelbagai alatan
·
Sebilah pisau kecil untuk menghalau rogon gaiyoh
·
Serangkai jerangau atau rumput yang dianggap ibu
segala semangat dalam perubatan tradisi.
·
Sebuah tangguk yang diperbuat daripada jarring
Upacara mintuhun
dan minuhun
-sebelum memijak tanah tapak bayi
tersebut diconteng dengan arang kuali dan garis lurus diatas dahinya
-rumput rampai yang melekat pada
tapak kaki dikumpul dan dicampur bersama air mandian
Upacara
perkahwinan
-merisik-prosesnya
memakan masa berbulan-bulan. Hendaklah dilakukan diwaktu pagi manakala waktu
petang dan malam adalah dilarang. Hari menghantar cincin ditetapkan. Cincin
tanda dipanggil cincin menanti mimpi dihantar waktu pagi. Cincin diletakkan
dibawah bantal ibubapa.
-hantaran yang dibawa oleh pihak
lelaki seperti makanan babi atau kerbau. Alat istiadat seperti canang gong
(tinokol) tempayan (tajau). Barang sakti untuk teguhkan semangat.Tasor (tempat pinang yang dibuat oleh
tembaga atau perak)
-pesta perkahwinan dirumah
perempuan sesingkat 2-3 hari.
-upacara adat yang khas-suami
isteri makan sepinggan, tanda bersatu
-ibubapa si lelaki tidak boleh
berada disitu selagi suami isteri belum sah bersatu
-pesta mivazaa (bertandang kerumah
mentua) diadakan.
-pesta dirumah pengantin lelaki
mestilah lebih kecil
-perkahwinan antara sepupu adalah
sumbang tetapi dibolehkan dengan syarat mengorbankan babi sebagai membayar
kepanasan.
Upacara pemujaan
pertanian
-merenjis
air hikmat pada benih padi
-memindahkan
sajia dan haiwan ternak kepada tanah sawah
-beri
sajian kepada semangat padi tanda terima kasih.
-buat
tanda ditengah sawah apabila padi mulai bunting supaya dapat hasil lebih
Upacara kematian
-mereka
mempercayai kepada alamat akan mati yang dipanggil mogom biruoh
-boleh
diandaikan oleh dukun melalui mimpi, dimana ramalan akan diberi oleh dukun
tersebut
-kesembuhan
penyakit juga boleh diketahui melalui cara yang sama
-adab
memberitahu
·
Apabila salah seorang dikalangan masyarakat
kadazan meninggal dunia, semua penduduk kampong akan diberitahu tentang
kematian tersebut
·
Ini penting kerana setiap ahli masyarakat perlu
bekerjasama supaya kesedihan tidak hanya dialami oleh keluarga si mati
·
Setiap anggotamasyarakat kadazan tidak boleh
melakukan apa apa pekerjaan
·
Pekerjaan menanam padi amat dilarang
·
Ditakuti malapetaka dan penyakit akan menimpa
·
Pantanglarang itu hanya dikenakan kepada mereka
yang tinggal dikawasan yang berhampiran sahaja
·
Manakala yang tinggal berjauhan masih boleh
melakukan sebarang pekerjaan
-adat berjaga jaga
·
Selepas dimandikan dan seluruh baan di lap mayat
tersebut akan dipakaikan dengan pakaian yang indah indah dan kemudian
direnjiskan dengan air wangi
·
Sekiranya semasa hidup simati menghisap rokok
ahli keluarga akan memasukkan rokok ke dalam mulut si mati supaya tidak
kempunan
·
Begitu juga dengan cerut yang diselitkan pada
bibirnya buat seketika
·
Mayat akan disimpan dirumah selama beberapa hari
iaitu selama 3,5 atau tujuh hari sebelum dikebumikan
·
Semasa mayat diletakkan di ruang tamu mayat akan
dijaga dengan baik supaya tidk ada binatang yang melangkahinya terutama kucing
hitam
·
Sekiranya kucing hitam yang melangkah mayat akan
bangun dan mengamuk sehingga boleh membunuh mereka yang berada disitu
·
Tujuan berjaga adalah untuk mengawasi iblis atau
jin yang menyerupai seekor burung besar yang digelar pendaatan
·
Mereka percaya burung itu hendak menerbangkan
mayat
·
Mereka menyangkut pakaian disekeliling mayat
untuk mengelak daripada serangan burung itu
·
Suasana di dalam rumah juga hendaklah sunyi dan
sesiapapun tidak dibenarkan bercakap besar atau marah-marah
·
Cuma pukulan gong dan gendang sahaja yang
kedengaran yakni dipalu perlahan lahan.irama itu disebut Surabaya
·
Bunyi itu hanya dipalu 3 kali dalam sehari iaitu
semasa matahari terbit, matahari terbenam dan waktu tengah malam
-moginupus
·
Bermaksud simpati terhadap simati
·
Ahli keluarga, saudara mara dan sahabat handai
akan menangis sekuat hati sebagai simpati terhadap si mati
·
Mereka memukul harta benda seperti gong, tajau
atau apa-apa saja yang terdapat disekeliling rumah sebagai tanda marah terhadap
iblis atau jin yang telah menyebabkan kematian
·
Bagi keluarga yang kaya kerbau atau lembu akan
disembelih pada hari pengebumia sebagai penghormatan terakhir
·
Tanduk kerbau atau lembu yang telah dikorbankan
akan disangkutkan pada kayu nisan kubur simati
PANTANG
LARANG KAUM KADAZAN
Kelahiran
-pantang
larang ibu mengandung
·
Tidak boleh memotong atau mengerat sesuatu
·
Tidak boleh mengikat atau menyimpul sesuatu
·
Suami tidak boleh memotong rambut nanti rambut
anak panjang
·
Tidak boleh makan buah mengandungi air
·
Tidak boleh mencucuk hidung kerbau atau
lembu-bibir anak sumbing
·
Tidak boleh siat telinga binatang-telinga anak
tidak sempurna
-pantang larang sewaktu bersalin
·
Suami tidak boleh berada jauh dari rumah
ditakuti gangguan jin atau syaitan
·
Tidak boleh makan ikan bertulang keras, ikan
berduri, nasi sejuk dan nasi bercampur air
·
Bayi tidak dibenarkan dibawa ke ruang yang
terdedah seperti halaman rumah-ditakuti diganggu oleh roh jahat seperti rogon
gaiyah
·
Sahabat handai tidak dibenarkan melawat bayi
sebelum upacara memberi nama
-Pantang larang hubungan lelaki dan
perempuan
·
Berkehendak-perlakuan buruk dan hina seperti
berkhalwat
- Sekiranya ditangkap atau diketahui pihak lelaki dikehendaki membayar
denda atau kemalun kepada pihak gadis
- Mengandung-dipaksa berkahwin dengan gadis tersebut
·
Madagau-bersekedudukan
-pasangan bayar kepanasan kepada masyarakat
-lelaki
bayar kemalu kepada perempuan
-pantang
larang kematian
·
Unggun api dibuat disekeliling rumah-pagar rumah
dari roh jahat
·
Tanduk kerbau dibakar untuk halau hantu
·
Mihad-menangisi mayat
·
Dua lelaki menunggang kuda atau kerbau keliling
kampong
·
Menerima sejemput beras atau garam
·
Garam dilarut untuk membuang panas pud nya (badi
atau roh jahat)
·
Beras supaya tanaman tidak rosak oleh pud nya
itu
·
Semulia sedekah ialah kain belacu sebagai kain
bendera kubur
·
Tidak boleh tidur selagi mayat diatas rumah
·
Mayat ditanam bersama barang-barangnya
·
Hidung,mata,telinga dan ekor haiwan ternakan
dibuat sajian si mati
·
Papakan-sajian simati dalam gelap
·
Mamupus-keluarga si mati beri amaran roh tidak
kembali
· ADAT
RESAM DAN PANTANG LARANG KAUM IBAN
Adat resam kaum
iban
secara tradisi
kehidupan masyarakat iban diatur oleh adat mereka yang amat rapat berkait
dengan sistem pertanian berhuma ( bumai
) padi. Diatas kepercayaan kepada semangat padi maka pelbagai perayaan ( gawai
) dilakukan pada masa tertentu
disepanjang tahun.
Gawai
·
Diketuai oleh beberapa ketua tertentu bergantung
pada jenis dan tujuannya
·
Tuai
burung – melihat gerak geri dan bunyi burung untuk memulakan acara
·
Tuai
rumah – ketua dalam rumah panjang
·
Apakala sampai kepada pembaca sampi ( sampi ) doa dan tusut (salasilah) maka lemambang akan
melakukan dengan melagukan pengap
jika berlaku kesakitan atau sebagainya maka manang akan melakukannya untuk pengubatan.
·
Raja
entala – kuasa ketuhanan yang melahirkan manusia yang mmenurunkan orang
iban yang member segala macam upacara , gawai dan pantang larang peraturan
hidup yang bernama adat.
Ø
Untuk memulakan kehidupan bertani maka tuai burung akan melakukan beburung
iaitu melihat dan mendengar beberapa jenis burung. Bunyi burung akan memberikan
petanda terhadap bertuah atau buruknya suatu kegiatan dan masa
melakukannya.Bunyi burung tidak boleh diketepikan kerana akan mendatangkan bala
serta kematian. Manang ( pawang )
akan menggunakan hati babi hutan. Penyakit dikatakan berpunca daripada
perlanggaran adat terutama pantang ( mali
) dan larangan dalam berbagai upacara kepercayaan, kehidupan social dan
juga kegiatan berhuma. Pelanggaran terhadap pantang berkaitan semangat padi
adalah yang paling berat kerana ia melibatkan makanan dan hasil hutan.
Ø
Disepanjang tahun masyarakat iban merayakan
suatu jenis gawai tertentu bergantungkepada tahap bertani dan juga kehidupan
seluruhnya. Gawai kecil adalah semacam doa selamat ataupun terelak dari bahaya.
Ø
Gawai utama ialah gawai yang berkaitan dengan
pertanian seperti gawai batu dan gawai benih. Jika berlaku ancaman nyawa
masyarakat maka diadakan gawai kenyalang atau gawai burung, suatu perayaan yang
amat besar melibatkan seluruh rumah panjang dan jarang dilakukan. Satu lagi
gawai terbesar ialah gawai antu yang
memperingatkan arwah-arwah moyang mereka
Ø
Dalam gawai utama inilah semua semua ketua adat
akan memainkan peranan termasuk tuai
burung, tuai rumah. Lemambang dan mungkin manang. Semua anggota rumah dan jiran
jiran dari rumah panjang lain dijemput dalam perayaan itu. Ia bermula dengan
seruan terhadap antu atau roh orang yang berkuasa terutaman antu arwah-arwah
roh dari seluruh ketua yang telah meninggal. Sepanjang malam lemambang akan melagukan pengap atau jampi menjemput antu
dan roh dari seluruh alam untuk bersama. Ketika itu juga makanan dan minuman
tuak diedarkan oleh semua bilik dalam rumah panjang dan semua bergembira.
Ø
Kehidupan masyarakat iban berlaku dalam rumah
panjang, bilik-bilik dan juga ruang tertentu dalam rumah panjang itu. Di
situlah mereka melahirkan, berkahwin dan kemudian meninggal dunia dan
dikebumikan di kawasan berdekatan rumah panjang. Adat mengatur semua segi
kehidupan termasuk nilai utama, kebiasaan harian dan juga hukuman yang
melanggar pantang serta taboo yang berat
Pantang larang
kaum iban
Pantang
larang ketika makan
·
Pantang
larang ketika tidur
·
Pantang
larang untuk bersukan
·
Pantang
larang budaya mengurut
·
Pantang
larang semasa mengandung
Subscribe to:
Comments (Atom)