ADAT RESAM DAN PANTANG LARANG KAUM KADAZAN DI MALAYSIA
ADAT RESAM
Upacara memberi
nama
-adat memberi nama anak dilakukan setelah bayi itu berumur
lapan hari.
-anak itu diberi nama sebanyak dua kali iaitu nama sementara
dan nama sebenar.
-pemberian nama sementara mesti dibuat kerana terlalai
member nama sementara seberapa segera, roh jahat iaitu Rogon Gaiyoh dipercayai
akan mendahului memberi nama dan berhak menuntut bayi tersebut.
-upacara rasmi memberi nama sebenar dibuat pada hari kelapan
di beranda rumah.
-pada hari itu juga, anak tersebut dibawa keluar rumah buat
pertama kalinya.
-keluarga jiran dan orang kenamaan diseluruh kampong
dijemput hadir untuk berbincang dan menentukan nama anak itu. Upacara ini
disebut mad sapi atau mad Sopik.
-pemilihan nama
dibuat berdasarkan peristiwa berlaku sepanjang proses kelahiran anak tersebut.
-apabila anak itu berusia satu bulan, upacara turun tanah
dijalankan
Upacara turun
tanah
-anak di bawa oleh ibunya sendiri:
·
Sebuah bakul rotan bertutup bertali dan
disondong diisi dengan pelbagai alatan
·
Sebilah pisau kecil untuk menghalau rogon gaiyoh
·
Serangkai jerangau atau rumput yang dianggap ibu
segala semangat dalam perubatan tradisi.
·
Sebuah tangguk yang diperbuat daripada jarring
Upacara mintuhun
dan minuhun
-sebelum memijak tanah tapak bayi
tersebut diconteng dengan arang kuali dan garis lurus diatas dahinya
-rumput rampai yang melekat pada
tapak kaki dikumpul dan dicampur bersama air mandian
Upacara
perkahwinan
-merisik-prosesnya
memakan masa berbulan-bulan. Hendaklah dilakukan diwaktu pagi manakala waktu
petang dan malam adalah dilarang. Hari menghantar cincin ditetapkan. Cincin
tanda dipanggil cincin menanti mimpi dihantar waktu pagi. Cincin diletakkan
dibawah bantal ibubapa.
-hantaran yang dibawa oleh pihak
lelaki seperti makanan babi atau kerbau. Alat istiadat seperti canang gong
(tinokol) tempayan (tajau). Barang sakti untuk teguhkan semangat.Tasor (tempat pinang yang dibuat oleh
tembaga atau perak)
-pesta perkahwinan dirumah
perempuan sesingkat 2-3 hari.
-upacara adat yang khas-suami
isteri makan sepinggan, tanda bersatu
-ibubapa si lelaki tidak boleh
berada disitu selagi suami isteri belum sah bersatu
-pesta mivazaa (bertandang kerumah
mentua) diadakan.
-pesta dirumah pengantin lelaki
mestilah lebih kecil
-perkahwinan antara sepupu adalah
sumbang tetapi dibolehkan dengan syarat mengorbankan babi sebagai membayar
kepanasan.
Upacara pemujaan
pertanian
-merenjis
air hikmat pada benih padi
-memindahkan
sajia dan haiwan ternak kepada tanah sawah
-beri
sajian kepada semangat padi tanda terima kasih.
-buat
tanda ditengah sawah apabila padi mulai bunting supaya dapat hasil lebih
Upacara kematian
-mereka
mempercayai kepada alamat akan mati yang dipanggil mogom biruoh
-boleh
diandaikan oleh dukun melalui mimpi, dimana ramalan akan diberi oleh dukun
tersebut
-kesembuhan
penyakit juga boleh diketahui melalui cara yang sama
-adab
memberitahu
·
Apabila salah seorang dikalangan masyarakat
kadazan meninggal dunia, semua penduduk kampong akan diberitahu tentang
kematian tersebut
·
Ini penting kerana setiap ahli masyarakat perlu
bekerjasama supaya kesedihan tidak hanya dialami oleh keluarga si mati
·
Setiap anggotamasyarakat kadazan tidak boleh
melakukan apa apa pekerjaan
·
Pekerjaan menanam padi amat dilarang
·
Ditakuti malapetaka dan penyakit akan menimpa
·
Pantanglarang itu hanya dikenakan kepada mereka
yang tinggal dikawasan yang berhampiran sahaja
·
Manakala yang tinggal berjauhan masih boleh
melakukan sebarang pekerjaan
-adat berjaga jaga
·
Selepas dimandikan dan seluruh baan di lap mayat
tersebut akan dipakaikan dengan pakaian yang indah indah dan kemudian
direnjiskan dengan air wangi
·
Sekiranya semasa hidup simati menghisap rokok
ahli keluarga akan memasukkan rokok ke dalam mulut si mati supaya tidak
kempunan
·
Begitu juga dengan cerut yang diselitkan pada
bibirnya buat seketika
·
Mayat akan disimpan dirumah selama beberapa hari
iaitu selama 3,5 atau tujuh hari sebelum dikebumikan
·
Semasa mayat diletakkan di ruang tamu mayat akan
dijaga dengan baik supaya tidk ada binatang yang melangkahinya terutama kucing
hitam
·
Sekiranya kucing hitam yang melangkah mayat akan
bangun dan mengamuk sehingga boleh membunuh mereka yang berada disitu
·
Tujuan berjaga adalah untuk mengawasi iblis atau
jin yang menyerupai seekor burung besar yang digelar pendaatan
·
Mereka percaya burung itu hendak menerbangkan
mayat
·
Mereka menyangkut pakaian disekeliling mayat
untuk mengelak daripada serangan burung itu
·
Suasana di dalam rumah juga hendaklah sunyi dan
sesiapapun tidak dibenarkan bercakap besar atau marah-marah
·
Cuma pukulan gong dan gendang sahaja yang
kedengaran yakni dipalu perlahan lahan.irama itu disebut Surabaya
·
Bunyi itu hanya dipalu 3 kali dalam sehari iaitu
semasa matahari terbit, matahari terbenam dan waktu tengah malam
-moginupus
·
Bermaksud simpati terhadap simati
·
Ahli keluarga, saudara mara dan sahabat handai
akan menangis sekuat hati sebagai simpati terhadap si mati
·
Mereka memukul harta benda seperti gong, tajau
atau apa-apa saja yang terdapat disekeliling rumah sebagai tanda marah terhadap
iblis atau jin yang telah menyebabkan kematian
·
Bagi keluarga yang kaya kerbau atau lembu akan
disembelih pada hari pengebumia sebagai penghormatan terakhir
·
Tanduk kerbau atau lembu yang telah dikorbankan
akan disangkutkan pada kayu nisan kubur simati
PANTANG
LARANG KAUM KADAZAN
Kelahiran
-pantang
larang ibu mengandung
·
Tidak boleh memotong atau mengerat sesuatu
·
Tidak boleh mengikat atau menyimpul sesuatu
·
Suami tidak boleh memotong rambut nanti rambut
anak panjang
·
Tidak boleh makan buah mengandungi air
·
Tidak boleh mencucuk hidung kerbau atau
lembu-bibir anak sumbing
·
Tidak boleh siat telinga binatang-telinga anak
tidak sempurna
-pantang larang sewaktu bersalin
·
Suami tidak boleh berada jauh dari rumah
ditakuti gangguan jin atau syaitan
·
Tidak boleh makan ikan bertulang keras, ikan
berduri, nasi sejuk dan nasi bercampur air
·
Bayi tidak dibenarkan dibawa ke ruang yang
terdedah seperti halaman rumah-ditakuti diganggu oleh roh jahat seperti rogon
gaiyah
·
Sahabat handai tidak dibenarkan melawat bayi
sebelum upacara memberi nama
-Pantang larang hubungan lelaki dan
perempuan
·
Berkehendak-perlakuan buruk dan hina seperti
berkhalwat
- Sekiranya ditangkap atau diketahui pihak lelaki dikehendaki membayar
denda atau kemalun kepada pihak gadis
- Mengandung-dipaksa berkahwin dengan gadis tersebut
·
Madagau-bersekedudukan
-pasangan bayar kepanasan kepada masyarakat
-lelaki
bayar kemalu kepada perempuan
-pantang
larang kematian
·
Unggun api dibuat disekeliling rumah-pagar rumah
dari roh jahat
·
Tanduk kerbau dibakar untuk halau hantu
·
Mihad-menangisi mayat
·
Dua lelaki menunggang kuda atau kerbau keliling
kampong
·
Menerima sejemput beras atau garam
·
Garam dilarut untuk membuang panas pud nya (badi
atau roh jahat)
·
Beras supaya tanaman tidak rosak oleh pud nya
itu
·
Semulia sedekah ialah kain belacu sebagai kain
bendera kubur
·
Tidak boleh tidur selagi mayat diatas rumah
·
Mayat ditanam bersama barang-barangnya
·
Hidung,mata,telinga dan ekor haiwan ternakan
dibuat sajian si mati
·
Papakan-sajian simati dalam gelap
·
Mamupus-keluarga si mati beri amaran roh tidak
kembali
Info adat yg lengkap serta berguna.
ReplyDeletePantang larang orang kadazandusun dulu kala majlis pertunangan rombongan lelaki harus beredar daripada rumah tunangan perempuan sebelum jam 12.00 tgh begitu juga majlis momugah umur anak genap satu bulan juga harus dijalankan sebelum 12.00 tgh.
Wow
ReplyDelete