PENGENALAN
Pantang larang merupakan kepercayaan mayarakat Melayu zaman
lampau berkaitan dengan adat dan budaya warisan nenek moyang. Pantang larang
adalah sesuatu perkara yang menyekat kita dari melakukan sesuatu kerana ada
keburukkan disebaliknya. Ia selalunya diamalkan oleh orang-orang tua dikalangan
masyarakat Melayu, Cina, India Kadazan dan Iban. Kebanyakan pantang larang
diturunkan secara lisan turun kemurun. Pentingnya pantang larang sebagai adat
yang perlu dipatuhi jelas diungkapkan melalui pepatah “biar mati anak, jangan
mati adat.”
Pantang larang yang dikenakan oleh orang tua-tua bertujuan
untuk mendidik masyarakat khususnya generasi muda agar dapat membawa kepada
penerapan nilai-nilai baik yang boleh diamalkan di dalam kehidupan. Sebahagian
Pantang larang sudah menjadi amalan atau prinsip dalam kehidupan hari ini.
Segala pantang larang sebenarnya diperturunkan untuk
kebaikan kaum itu sendiri seperti pantang larang semasa perkahwinan, perayaan
dan juga semasa menganudung.Sebenarnya pantang larang yang diturunkan oleh
nenek moyang mementingkan penjagaan kesihatan diri agar seseorang sentiasa sihat
dan cergas.
Walaupun kaum Melayu, kaum India, kaum Cina kaum Kadazan dan
kaum Iban mempunyai pantang larang semasa perkahwinan, perayaan dan juga
mengandung tetapi pantang larang yang diamalkan oleh kaum-kaum adalah berbeza. Inilah
menunjukkan Malaysia terdiri daripada kaum majmuk.
No comments:
Post a Comment