· ADAT
RESAM DAN PANTANG LARANG KAUM IBAN
Adat resam kaum
iban
secara tradisi
kehidupan masyarakat iban diatur oleh adat mereka yang amat rapat berkait
dengan sistem pertanian berhuma ( bumai
) padi. Diatas kepercayaan kepada semangat padi maka pelbagai perayaan ( gawai
) dilakukan pada masa tertentu
disepanjang tahun.
Gawai
·
Diketuai oleh beberapa ketua tertentu bergantung
pada jenis dan tujuannya
·
Tuai
burung – melihat gerak geri dan bunyi burung untuk memulakan acara
·
Tuai
rumah – ketua dalam rumah panjang
·
Apakala sampai kepada pembaca sampi ( sampi ) doa dan tusut (salasilah) maka lemambang akan
melakukan dengan melagukan pengap
jika berlaku kesakitan atau sebagainya maka manang akan melakukannya untuk pengubatan.
·
Raja
entala – kuasa ketuhanan yang melahirkan manusia yang mmenurunkan orang
iban yang member segala macam upacara , gawai dan pantang larang peraturan
hidup yang bernama adat.
Ø
Untuk memulakan kehidupan bertani maka tuai burung akan melakukan beburung
iaitu melihat dan mendengar beberapa jenis burung. Bunyi burung akan memberikan
petanda terhadap bertuah atau buruknya suatu kegiatan dan masa
melakukannya.Bunyi burung tidak boleh diketepikan kerana akan mendatangkan bala
serta kematian. Manang ( pawang )
akan menggunakan hati babi hutan. Penyakit dikatakan berpunca daripada
perlanggaran adat terutama pantang ( mali
) dan larangan dalam berbagai upacara kepercayaan, kehidupan social dan
juga kegiatan berhuma. Pelanggaran terhadap pantang berkaitan semangat padi
adalah yang paling berat kerana ia melibatkan makanan dan hasil hutan.
Ø
Disepanjang tahun masyarakat iban merayakan
suatu jenis gawai tertentu bergantungkepada tahap bertani dan juga kehidupan
seluruhnya. Gawai kecil adalah semacam doa selamat ataupun terelak dari bahaya.
Ø
Gawai utama ialah gawai yang berkaitan dengan
pertanian seperti gawai batu dan gawai benih. Jika berlaku ancaman nyawa
masyarakat maka diadakan gawai kenyalang atau gawai burung, suatu perayaan yang
amat besar melibatkan seluruh rumah panjang dan jarang dilakukan. Satu lagi
gawai terbesar ialah gawai antu yang
memperingatkan arwah-arwah moyang mereka
Ø
Dalam gawai utama inilah semua semua ketua adat
akan memainkan peranan termasuk tuai
burung, tuai rumah. Lemambang dan mungkin manang. Semua anggota rumah dan jiran
jiran dari rumah panjang lain dijemput dalam perayaan itu. Ia bermula dengan
seruan terhadap antu atau roh orang yang berkuasa terutaman antu arwah-arwah
roh dari seluruh ketua yang telah meninggal. Sepanjang malam lemambang akan melagukan pengap atau jampi menjemput antu
dan roh dari seluruh alam untuk bersama. Ketika itu juga makanan dan minuman
tuak diedarkan oleh semua bilik dalam rumah panjang dan semua bergembira.
Ø
Kehidupan masyarakat iban berlaku dalam rumah
panjang, bilik-bilik dan juga ruang tertentu dalam rumah panjang itu. Di
situlah mereka melahirkan, berkahwin dan kemudian meninggal dunia dan
dikebumikan di kawasan berdekatan rumah panjang. Adat mengatur semua segi
kehidupan termasuk nilai utama, kebiasaan harian dan juga hukuman yang
melanggar pantang serta taboo yang berat
Pantang larang
kaum iban
Pantang
larang ketika makan



·
Pantang
larang ketika tidur


·
Pantang
larang untuk bersukan

·
Pantang
larang budaya mengurut

·
Pantang
larang semasa mengandung






No comments:
Post a Comment