ADAT RESAM ORANG MELAYU
KELAHIRAN
Adat resam kelahiran Wanita yang mengandungkan anak sulung
akan menjalankan upacara melenggang perut oleh seorang bidan .Adat ini juga
dipanggil Kirim Perut oleh masyarakat Melayu di bahagian utara Semenanjung
Malaysia dan di sesetengah tempat dikenali sebagai Mandi Tian.
Upacara ini dilakukan kepada wanita yang mempunyai kandungan
berusia dalam lingkungan tujuh atau lapan bulan.Adat ini dijalankan untuk
membuang geruh atau kecelakaan yang mungkin menimpa wanita hamil yang bakal
bersalin dan bagi membetulkan kedudukan bayi di dalam perut.
Bidan akan menyambut bayi dengan jampi serapah dan daun
sirih akan disemburkan kepada bayi itu. Selepas bayi dibersihkan, tali pusat
bayi akan dipotong dengan menggunakan sembilu buluh dan dialas di atas sekeping
wang perak satu ringgit. Di sesetengah tempat tali pusat dipotong menggunakan
cincin emas.
KEMATIAN
Keluarga si mati akan memberitahu kepada tok imam agar
kematian itu dapat dimaklumkan kepada saudara mara dan jiran tetangga di
sekitar kawasan itu.Mayat akan ditutup dari kepala hingga ke kaki dengan
sehelai kain. Kepalanya dihadapkan ke arah kiblat dan kedua-dua tangannya pula
dikiamkan iaitu tangan kanan ditindihkan atas tangan kiri ke dada. Orang yang
menziarah si mati akan menyedekahkan ayat-ayat suci Al-Quran. Pada kebiasaannya
di hadapan mayat itu, diletakkan sebuah tempat bara dan kemenyan akan dibakar.
Sebagai penghormatan terakhir, ahli keluarga terdekat dan
muhrim dibenarkan mengucup mayat tetapi disyaratkan air mata tidak menitis pada
tubuh jenazah. Mayat seterusnya disembahyangkan samada di rumah atau di masjid.
Sebelum jenazah dimasukkan ke dalam keranda,seorang wakil
atau waris si mati akan memberi ucapan ringkas dan memohon ampun dan maaf bagi
pihak si mati jika selama hayatnya beliau pernah berbuat dosa terhadap
seseorang. Wakil tersebut juga akan meminta supaya mana-mana hutang si mati
yang masih belum dijelaskan agar dapat dihalalkan ataupun si penuntut boleh
menuntutnya pada waris si mati.
PANTANG LARANG ORANG MELAYU
PERKAHWINAN
Apabila telah ditetapkan hari perkahwinan beemakna
bermulalah pantang larang buat bakal mempelai itu. Apa yang ditetapkan
harus diikuti utk kebaikan diri mereka. Ia bukanlah menjaid kewajipan
tetapi sudah menjadi satu budaya dlm masyarakat melayu. Walaupun bakal
pengantin zaman sekarang jarang disebutkan perkara ini kepada mereka,
tidak rugi jika apa-apa pantang larang yg difikirkan sesuai masih boleh
diikuti.
Pantang larang bermula dengan jangan keluar dengan pasangan
selama 40 hari sebelum diijabkabul untuk mengelakkan tohmahan masyarakat.
Selain itu ia bertujuan untuk mengawal nafsu. Ia juga untuk menimbulkan
perasaan rindu dendam. Perasaan yang timbul akan membuatkan wajah pengantin
lebih berseri.Psangan tersebut juga tidak dirumah orang takut terkena ilmu. Ia
juga untuk menjaga nama baik keluarga.
pasangan dilarang bebas keluar kemana-mana kerana takut
dissantau oleh mereka yang mempunyai niat tidak baik. Jangan makan nasi dengan
gulai berkuah beberapa bulan sebelum naik pelbagai mengelakkan perut buncit.
Pengantin juga dilarang bercermin terutama selepas maghrib ke atas bagi
mengelakkan diri dari perkara sihir.Pasangan juga dilarang membuang air kecil
dan air besar serentak di dalam air contohnya dalam sungai, kerana ia boleh
melemahkan organ seks.
Pasangan perlu elakkan diri daripada terkena cahaya matahari
kerana dikhuatiri hitam dan tidak berseri pada hari perkahwinan. Mereka juga
elakkan keluar rumah tanpa rujuan kerana angan-angan yang tinggi menjelang
perkahwinan dikhuatiri bakal pengantin mengalami kemalangan jika berada diluar.
Orang-orang tua melayu dahulu selalu mengingatkan anak
cucunya supaya tidak melanggar pantang larang .Pantang larang perlu dipatuhi
untuk mengelakkan berlaku sesuatu kejadian yang tidak baik.
MENGANDUNG
Masyarakat melayu terkenal dengan pelbagai pantang
larangnya. Begitu juga untuk mereka yang mengandung. Antara pantang larangnya
ialah mereka yang mengandung di larang untuk mencaci atau mengumpat. Dilarang
untuk memaku atau memahat dan menggali lubang serta memukul binatang. Mereka
juga dilarang untuk keluar rumah pada waktu petang atau senja serta dilarang
untuk duduk di anak tangga dan juga di larang melihat gerhana bulan ataupun
matahari.Terdapat juga pantang larang untuk suami ibu yang mengandung.
Antaranya ialah suami di larang meniup sebarang bunyi bunyian, menyembelih,
memburu dan memukul binatang. Semua pantang larang ini adalah untuk keselamatan
anak yang di kandung.
No comments:
Post a Comment